Nasihat Didie Alias Buat Along Cham.
Semalam, Along Cham telah pun bercerai dengan Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Antara rakan artis yang sering bersama Along adalah Didie Alias dan sudah pasti Didie banyak tahu mengenai kisah rumah tangga Along bersama Zila.
Oleh itu, MH Online telah mendapatkan komen dari Didie yang lebih mesra dengan panggilan mummy.
"Mummy rasa resah, risau, seksa dia tak terjawab. Mummy nak nasihatkan Along supaya tabah dan kuatkan semangat untuk tempuh masa akan datang. Yang penting, Along kena teruskan hidup, jaga amanah Allah iaitu anak Mohd Dhanila yang makin membesar untuk jadi anak yang soleh.
"Lagi kuat semangat kita, lagi banyak Allah akan membantu umatnya," ujarnya ringkas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Nasihat Didie Alias Buat Along Cham. "
Post a Comment