Penceraian bukanlah satu jalan penyelesaian.Biasanya pasti akan timbul hal berbangkit yang memanjangkan kes penceraian itu.
Itulah yang dihadapi oleh Along Cham sekarang apabila bekas isterinya Zila Seeron masih berkeras untuk melawan kes nusyuz yang difailkan oleh Along sebelum ini.
Along sebenarnya sudah mahu memulakan kehidupan baharu tetapi kerana kes nusyuz ini beliau akui makin banyak aib Zila yang akan terbongkar.
Saya tidak akan ulas lagi isu perceraian bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya berlaku apabila bekas isteri masih berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba mencabar saya. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang terbongkar.
Berbicara mengenai tindakan beliau yang tidak menyambut salam Zila ketika berada di mahkamah, Along menjelaskan beliau pada waktu itu masih terluka dengan perbuatan Zila.
Saya rasa diri dikhianati dan masih terluka dengan perbuatannya itu. Sebelum ini juga, dia tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya. Selepas melafazkan talak, tiada langsung perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya. Jadi bagaimana saya mahu memaafkannya?
Buat Along, apa yang terjadi adalah satu pengajaran besar didalam hidupnya dan isu rumah tangga bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh ataupun dijadikan sebagai bahan gurauan.
0 Response to ""JANGAN CABAR !" Tegas Along Kepada Bekas Isterinya.."
Post a Comment